Bab antara gaya pembelajaran dengan prestasi murid. Pemboleh

Bab ini mengandungi ringkasan
kajian, perbincangan, dapatan kajian dan kesimpulan dapatan kajian yang telah
diperolehi dalam kajian ini. Di samping itu, implikasi dan cadangan kajian juga
dikemukakan untuk memudahkan kajian lanjutan berkaitan tajuk ini.

 

5.1  Ringkasan Kajian

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Kajian ini berbentuk tinjauan untuk
mengenal pasti hubungan di antara gaya pembelajaran dengan prestasi murid-murid
sekolah rendah Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.  Instrumen soal selidik digunakan untuk
mengumpulkan data. Ujian korelasi bivariate digunakan untuk menguji hipotesis
nol yang terdiri daripada dua pemboleh ubah yang berbeza. Manakala, analisis
Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan di antara dua pemboleh ubah
secara serentak.

 

5.1.1       
Perbincangan Dapatan Kajian

Kajian ini membincangkan hubungan di
antara gaya pembelajaran dengan prestasi murid. Pemboleh ubah kajian ini
terdiri daripada visual, auditori, kinestetik, berkumpulan dan berdikari.
Kajian ini juga mengkaji hubungan perbezaan gaya pembelajaran dengan jantina
murid. Ringkasan hasil kajian ini akan diterangkan dalam bahagian seterusnya
mengikut hipotesis kajian

 

5.2.2    Gaya Pembelajaran Yang Dominan Di Kalangan Murid

Kajian ini mendapati seramai 100 orang
responden yang terlibat dalam kajian ini, majoriti memilih gaya pembelajaran
auditori. Ini bermakna kebanyakkan responden memilih corak pembelajaran  melibatkan pendengaran. Murid jenis auditori
ini dirujuk sebagai murid yang belajar dengan baik melalui mendengar perkataan
yang diucap dan melalui penerangan lisan guru. Mereka lebih mengingati maklumat
dengan cara membaca dengan kuat dan menggerakkan bibir semasa membaca. Ini bererti
murid masih bergantung kepada penerangan guru untuk belajar. Kajian yang
dijalankan oleh Rashidah (2007) terhadap pelajar-pelajar tingkatan 4, SMK
Bongawan 1, Daerah Membaku Sabah menyokong dapatan kajian ini. Kajian beliau
juga menunjukkan bahawa gaya pembelajaran auditori merupakan gaya pembelajaran
yang dominon yang diamalkan oleh murid.

            Kajian
yang dijalankan oleh Noraini Mohd Zain (2008) terhadap pelajar-pelajar
matrikulasi menunjukkan, responden kajian berkenaan lebih meminati gaya
pembelajaran kinestetik berbanding dengan gaya pembelajaran yang lain.
Perbezaan dapatan kajian ini mungkin 
disebabkan oleh perbezaan sampel kajian dan pendekatan.  Jika guru lebih memberikan ceramah, maka
murid akan lebih meminati gaya pembelajaran auditori manakala sebaliknya jika
murid lebih bergerak aktif dalam aktiviti amali. Jadi mereka akan lebih
meminati gaya pembelajaran kinestetik.

 

5.2.3       
Perbezaan Dari Segi Gaya Pembelajaran Visual Dengan Jantina

Kajian ini mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dari segi gaya pembelajaran visual di antara murid
lelaki dengan murid perempuan. Pendekatan pengajaran dan subjek yang diambil
oleh murid adalah  sama, ia
berkemungkinan mempengaruhi kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Kajian yang
dijalankan oleh Zeynep dan Merlis Nacar (2006) menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran visual. Tetapi masih ada
beberapa kajian lepas membuktikan terdapat pertalian antara gaya pembelajaran
visual dengan jantina. Zubaidah (2007) menjalankan kajian ke atas pelajar
Sarjana Muda Pendidikan tahun pertama UTM dan menyatakan pelajar lelaki lebih
meminati gaya pembelajaran visual berbanding dengan pelajar perempuan. Selain
itu, Li Zhengsun dan Su Wen Mio (2006) dan Lim Lok Who (1999), juga turut mendapati
pelajar lelaki lebih berminat gaya pembelajaran visual berbanding dengan
pelajar perempuan.

 

5.2.4    Perbezaan Dari Segi Gaya Pembelajaran Auditori Dengan Jantina

Kajian ini mendapati bahawa tiada
perbezaan yang signifikan dari segi gaya pembelajaran auditori antara murid
lelaki dengan pelajar perempuan. Zeynap dan Merlis Nacar (2006), mendapati
tiada perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran auditori antara
pelajar perempuan dengan pelajar lelaki.

            Namun  begitu, Noor Roshalinda (2009) mendapati
pelajar perempuan lebih gemar gaya pembelajaran auditori berbanding dengan
pelajar lelaki. Beliau menjalankan kajian ke atas pelajar Kolej Universiti
Islam (KUIM). Manakala kajian oleh Almasa et al. (2009) menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran auditori dengan jantina.
Beliau mendapati pelajar lelaki berminat memilih gaya pembelajaran jenis
auditori.

 

5.2.5    Perbezaan Dari Segi Gaya Pembelajaran
Kinestetik Dengan Jantina

Kajian ini mendapati bahawa tiada
perbezaan yang signifikan dari segi gaya pembelajaran kinestetik antara murid
lelaki dan perempuan. Dapatan kajian ini bertepatan  dengan dapatan kajian Norazah dan Shaari
(2002). Beliau menjalankan kajian terhadap guru-guru pelatih Kursus Lepasan
Ijazah (KPLI)  di maktab perguruan Lembah
Klang. Beliau mendapati tidak terdapat pertalian di antara gaya pembelajaran
kinestetik dengan jantina pelajar.

            Namun
begitu, kajian yang dijalankan oleh Almasa et al. (2009) mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran kinestetik di anatara
pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Hasil kajian mendapati pelajar lelaki
lebih cenderung memilih gaya pembelajaran kinestetik berbanding pelajar
perempuan.

5.2.6       
Perbezaan Dari Segi Gaya Pembelajaran Berkumpulan Dengan Jantina

Kajian ini mendapati bahawa tiada
perbezaan yang signifikan dari segi gaya pembelajaran berkumpulan antara
pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan kajian Norazah dan Shaari (2002)
mendapati tidak terdapat perbezaan min yang signifikan untuk gaya pembelajaran
berkumpulan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala kajian yang  dijalankan oleh Jerry L.Allen et al. (2009)
bertentangan dengan dapatan kajian di atas. Beliau mendapati pelajar perempuan
lebih meminati dan bercenderung berkolaboratif 
berbanding dengan pelajar lelaki. Dapatan kajian beliau disokong oleh
Rohana et al. (2003)  dan menyatakan
pelajar perempuan lebih berminat aktiviti kumpulan.

 

x

Hi!
I'm Freda!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out